Selasa, 6 Oktober 2009

Luahan Hatiku..

Di saat kelemasan...

dada sarat menanggung kesakitan...

jiwa merana....hanya DIA lebih mengetahui...

terkapai-kapai sendirian...

tiada tangisan lagi...

hanya jiwa merintih...

mencari titik penghujung sebuah duka...



Tiba-tiba...

Tanganku digapai seseorang...

pegangannya kuat...kemas...

harapan yang aku persembahkan bukanlah anganan semata..

di sudut hati ini...aku bersyukur....



Tanganku ditarik lagi...

aku dirangkul dalam dakapannya...

pelukannya erat benar..

seolah takkan dilepaskan aku walau seketika...

rupa-rupanya disebalik duka ini...

tersembunyi seribu bahagia buatku...

lantas...ku tersentak, siapakah dia??!

putera raja yang membawa aku kearah bahagia...

Ahad, 4 Oktober 2009

HIKMAH SUJUD DI DALAM SOLAT

Mungkin ramai dalam kalangan umat Islam tidak menyedari akan hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah S.W.T. yang sia-sia, malahan ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Antara hikmah melakukan sujud ialah:

  • Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  • Melegekan sakit hernia.
  • Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  • Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  • Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  • Meringankan bahagian pelvis.
  • Memberikan dorongan supaya mudah tidur.
  • Menggerakkan otot bahu, dada, leher, serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
  • Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara tidak lansung memastikan kelancaran perjalanan darah yang baik.
  • Mengurangkan risiko untuk menjadi gemuk.
  • Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  • Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...