Selasa, 8 Mac 2011
Sabtu, 5 Mac 2011
Minggu Exam dah bermula
Minggu yang memang menyeronokkan bagi aku..
sebagai seorang guru...dapatla relek sikit..
dan yang paling penting dapat kaji balik
keberkesanan p&p yang telah aku gunakan..
hari khamis exam untuk tongkatan 4 dan 5...
jumaat pulak merupakan permulaan
exam bagi menengah rendah.
walaupun tgu budak exam agak membosankan
tetapi yang bestnyer tengok gelagak diorang...
10 minit dah siap tanda kertas objektif 20 soalan..
bukan sorang dua..
sekelas...lepas tu akula yang sakit
nak ketuk diorang..
memandangkan ujung minggu ni tak kemana-mana..
dapatla tengok movie..tv tuan rumah tak hantar lagi...auu..
ari ni sajer aku dah tengok
- Ngangkung,
- Haq,
- Kurafat
- Damping malam..
- 50 first dates..
- Hantu Kak Limah Balik Rumah..
opss!...bukan takder tv...
tv rumah aku rosak dek panahan petir yang kuat..
memang kebanyakan tv dan Astro kat area rumah aku ni
rosak pada masa yang sama...
memandangkan aku ni taklah ada kerjer ujung minggu..
gambar nilah aku ambik...
menu kelmarin..
mee goreng aku selalu jer simple..
salah satu sebab ialah dapat menjimatkan kos..
sebab yang kedua, aku dah terbiasa bersederhana dari kecik..
biasalah orang kampung......
ni menu kelmarin dulu...
nak abiskan ikan tilapia yang
dah dekat sebulan dalam peti ais..
masak merah jer...+ fish ball..
suke-suke!
nasik minyak versi tahun baru..
baru cerah jer mata aku pandang..
bertambahlah sket selera aku untuk makan...
selera makan ku baru pulih rasanyer..
minggu lepas kurang sihat..selera makan pun dah lesap!
hari ni makan jer kejer aku...
Khamis, 3 Mac 2011
Bakar jangan tak bakar..
Petang kelmarin tgk anak jiran duk
bakar sampah ngan nenek diorang..
tetiba teringat kat kampung halamanku..
teringat kat nenek kesayanganku...
masa kecik-kecik dulu aku antara yang suka tolong
nenek aku nyapu laman rumah...
then bakar sampah sama-sama...
malam tido umah nenek..
nenek aku ni masa dulu-dulu suka bercucuk tanam
jadi..malam-malam dapatla makan ubi rebus@ pisang rebus
ngan air kopi...hua-hua...
sedapnyer...makan pulak sambil berborak...
sepinggan pun habis..hee....
Selasa, 1 Mac 2011
kuih dari jiran
beberapa hari yang lalu ..
aku ada hantar kuih kepada jiran-jiran tetanga...
saja-saja...
alang-alang buat, buat lebih sket blh bagi kat jiran..
walaupun aku ni taklah kategori pandai masak pun..
hentamlah belalang..
janji niat ikhlas, yang tak sedap pun jadi sedap!
seronok tengok anak jiran dok makan
dua tiga hari lepas tu...
diorang hantar pinggan,
diorang bg plak kuih telinga keling ni..
ada yang bagi roti kukus yang dibuat sendiri..
macam-macamla..
tapi aku
terkejut tgk...
tak pernah tgk besar gini...
biasnya kat kampung aku kecik ajer...
aper pun..lain tempat lain cara masaknyer...
thanks jiran-jiranku..
Langgan:
Catatan (Atom)