Ahad, 24 April 2011

Cara Nak Hilangkan Tension: Rumah NO.200

Tension...
perkataan yang akan terkeluar bila penat, fedup..
dan macam -macamlah lagi...
bagi penghuni N0. 200 ...ada cara yang lebih baik nak 
hilangkan tension dengan main permainan UNO.
haha...inilah dia permainan di zaman praktikal...dah hampir setahun 
setengah dah tak main games ni..tetiba rindu sangat nak main..

 time main kita main betol-betol..
kitorang siap buat carta..
saper juara tiap pusingan
sampaikan jalan rumah orang pun bawak kad UNO ni jugak tau..
nak kata gilernyer kitorang main..
balik sekolah jer terus main..pastu sambung buat kejer lagi sampai mid night..
sekarang ni susah nak main...
takder geng sekepala..
miss u so much penghuni rumah NO.200.
fida, kaksu dan jiah

ayu..

 adik diana..

kaksu dan aku...

Rahsia garisan tapak tangan

Cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas... Setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu.

1. Garis Kehidupan
Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin ia panjang dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.

2. Garis kecergasan
Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika ia jelas, terang dan lurus, ia memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran dan kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih.. Bagi kamu, setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke me nara gading tanpa sebarang masalah.

3. Garis hati/cinta
Garisan ini melambangkan perasaan dan percintaan kamu. Sekiranya kamu mempunyai satu garis yang panjang dan lurus, ia menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja. Manakala sekiranya garis itu putus-putus dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut, ada di antara kamu yang mempunyai garis putus-putus ini ' curang' dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama!

4. Garis kejayaan
Cuba kamu perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini. Adakah ia terdiri daripada satu garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang yang mempyai dua atau lebih garisan ini. Dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa juga yang diceburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak tangan kamu itu.

5. Garis matahari ( Sun line)
Bukan semua orang yang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu jelas dan nyata. Sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian, ia menunjukkan kamu akan menjadi kaya dan terkenal dalam kehidupan kamu. Sebab itulah, ada orang yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama. Ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.

6. Garis kesihatan
Sama seperti garis kehidupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas, lurus dan tidak putus-putus. Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. Begitu juga sebaliknya.

7. Garis perkahwinan
Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal dan bahagia selama-lamanya. Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup kamu. Tiada lagi yang kedua dan seterusnya...

8. Garis bilangan anak
Setiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya mata sendiri bila tiba masanya nanti. Berapa orang anakkah yang kamu inginkan? Tidakkah kamu perlu mengetahuinya? Apa yang perlu kamu lakukan ialah dengan mengira berapa banyak garisan halus dan pendek yang kamu miliki dan ia sebenarnya mewakili jumlah bakal anak kamu nanti. Misalnya kamu mendapat terdapat empat garisan Dan ini bermakna jumlah anak kamu nanti ialah empat orang.

9. Garis perjalanan
Adakah kamu ini seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar, suka merantau atau melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya kamu ini mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas dan terang, seperti yang dinyatakan pada garisan bernombor 9. Tidak hairanlah sekiranya kamu ini juga suka hidup berpindah-randah dan mudah bosan dengan sesuatu tempat.

10. Garis kewangan
Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna dan bahagia. Tentu sekali ia mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi kamu yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas dan terang, dikatakan kamu mampu memperolehi Wang yang banyak melalui pekerjaan yang kamu lakukan itu.

11. Garis pergelangan tangan
Cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalamnya. Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan ? Diramalkan, setiap garis membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. Kira saja berapa gelang yan gkamu ada dan ramalkan jumlah hayat kamu sendiri! Tapi awas! Jangan terlalu percaya sangat.... Ajal dan maut di tangan Tuhan kan ?

Ikan layur


ikan layur..
rasa macam kat semenanjung pun panggil nama yang sama..
seingat-ingat aku memang tak pernah makan bila dah besar..
masa kecik-kecik dulu mungkin pernah kot..
sebab atuk aku peniaga ikan..
ikan yang pelik-pelik ni mesti aku dah pernah rasa punyer..
aku nak bli ikan lain sebenarnya..
tapi yang ada ikan ni dan ikang parang jer..
ikan parang kan ada banyak tulang, aku tak berapa suka..
tanya pakcik tu...sedap ker ikan ni pakcik?
yer kata sedapp..
sebab tu aku bli..
RM 5 dua ekor/ 1 kg ..
aku bagi jiran sekor...nak rasa kan tak boleh banyak..
 masa potong memang betul ikan ni tak banyak tulang..
senang jer potong...
jiran cakap kalau goreng sedap, buat asam pedas,
gulai pun sedap...!
tau aper aku buat?
aku buat ala-ala sup...tumbuk bawang putih ngan halia,
then letak potato...ikan...terus rebus, tambah garam sket...
sebelum kul 11 dah siap makan...
tak pukul 2 nak makan lagi...sedap..
kalau singgam pun sedap ikan ni...
cuma nak singgam bahan tak cukup..
tapi aku memang sukala ikan ni..


Sabtu, 23 April 2011

Sifat berdasarkan jenis darah


 Jangan kata darah tak bawa maksud pada diri individu...
meh baca..

DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan! berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri.

Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.


DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, Sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang.

Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.


DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.

Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.

Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu.

Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

Percubaan pertama

Inilah dinamakan percubaan pertama...
cuba aper?
kelmarin, cuba buat nasi hujan panas...tp tak menjadi..
jadi nasi pelanggi...
coz beras kampung kot...
aku pun baru bli beras baru, mmg tak jangka beras ni lembik..
takper-takper...yang penting gulai udang masih mantap..
masa dok masak, semerbak harum...sampai ke tengah malam 
dok bau lagi rempah gulai..agaknyer telan liur jiran-jiran aku..
bukan taknak bg...stok lauk yang aku bli mmg sikit...
kalau nak bagi kat jiran, kna 3-4 buah rumah..
maklumlah jiran dekat, tak bagi...kang terasa pulak...
takpe2...next time..
memang mengingatkan aku pada kenduri kat kampung..
biasanya kalau kenduri kan bau rempah satu rumah..
padahal aku guna susu jer...tak guna santan pior...
bahan pun tak secukup yang seharusnya...
agaknyer aku ni dah makin pro bab gulai menggulai kot...
(hua3..aku perasan)


Jumaat, 22 April 2011

aku dan kamu..











Ku bermimpi kau hadir..

ku bermimpi kau hadir..
sebuah mimpi yang menjadi kenyataan..
tapi sayang..kau hadir tanpa ada rasa...
rasa yang ku impi ada bersamaku...

ku bermimpi kau hadir..
sebuah tragedi yang ternyata sebuah takdir..
bukan salahnya aku, bukan juga dirimu..
tapi ternyata suratan ilahi..

ku bermimpi kau hadir...
kau ada disisi..tapi kau seperti tiada..
jiwamu entah ke mana..

ku bermimpi kau hadir...
walupun apa yang berlaku bukan pintaku..
ku pasrah menerima suratan takdir..
impiku cuma satu, kau tetap menjadi milikku...
begitu juga hatimu..








Rabu, 20 April 2011

senyap..

Sepi-sepi aku sendiri..ditemani cengkerik yang menyanyi riang

Ahad, 17 April 2011

smelly no more...

aku ada terbaca pasal deodorant ni...
http://atulhani.blogspot.com/2011/04/smelly-no-more.html
" smelly no more"
dengan gaya hidup yang sentiasa aktif aku kira,
tambah pulak tempat aku cam kat padang kawat..
memakai deodorant merupakan satu yang wajib
supaya takder bau yang kurang menyenangkan...
tapi masalahnyer timbul bila ada lekitan pada baju
bila dipakai dalam tempoh yang lama dan berpanjangan...
aku rasa deorant ni dapat selesaikan masalah yang dihadapi
oleh kebanyakan orang kat seluruh dunia...
harganya cuma RM 16.90..
yang besar sikit dalam RM 20++ 
kat gurdian ada jual..
aku dah cuba, memang berkesan,,korang bila lagi?
ni info pasal deodorant ni...
 
"Smelly No More"
A natural crystal stone roll on deodorant to eliminate strong body odours.

Smelly-No-More solves the body odour problem by inhibiting the growth of odour causing bacteria for a definitely long lasting refreshing feeling.
What are the benefits of Smelly-No-More?

* 300% more effective than commercial deodorant
* Non sticky and non greasy
* Does not mask body odour with perfume
* Reduce perspiration without blocking your pores
* Does not contain any harsh chemicals, perfume oils, emulsifiers, alcohol or propellants
* Completely safe and no allergic reaction
* Alcohol free

Who Can Use Smelly-No-More?

* For everybody, especially those who have strong body odours
* It is perfect for people with allergic or sensitive skin
* It is suitable for men and women, including children
Content: 60g
 
ni link yang korang boleh bacalah..

Dua pilihan

 Dalam kehidupan..
kadangkala kita berada dipersimpangan..
kita perlu membuat keputusan..
yang mungkin
akan menyakitkan satu pihak atau kedua-dua sekali...
ataupun tidak akan menyakitkan sesiapa pun...
so...mungkin diri kita lebih tahu 
yang mana satu jalan yang harus dipilih...
setelah kita memilih jalan mana yang akan dipilih...
takdir kita belum tentu terbaik walaupun 
jalan yang dipilih adalah terbaik antara dua..
redha dan pasrah pada Allah seandainya itu adalah takdirnya...
sesungguhnya kita hanya mampu merancang..
hanya Dia yang berhak menentukan...

Selasa, 12 April 2011

Benggang

Akhir-akhir ni mood aku boleh tahan..
ala-ala mafia jer rasa..tak kena sikit rasa nak ngamuk..
aku bukan aper...geram, marah, 
benci semua bercampur aduk dalam hati aku ni..
jalan ceritanyer mudah ajer..
semua orang ada masalah tak terkecuali aku..
cuma aku hangin apabila orang buat tak adil kat aku jer..
takder makna nak marah benda yang simple kan...?
mungkin sebab aku nampak berseorangan..
seronokla orang buat macam-macam kan?
buatlah..jangan tak buat...puaskan hati jahat korang.
tapi ingat...
pertolongan Allah takkan pernah putus 
pada insannyer yang teraniaya..

kalau ikut hati yang marah...
aku rasa aku boleh jadi orang paling kejam kat dunia ni...
setakat kejahatan yang dia buat kat aku kecik sangat bagi aku..
tapi kenapa aku tak balas perbuatan diorang..?
still cool , mantain...buat cam takder aper yang berlaku?
padahal aku berperang dengan kesakitan..!
becoz.... aku masih ingat aku  orang Islam,...
kesabaran tu amatlah penting..
terutama dalam menghadapi manusia tukang sihir dan
manusia berhati busuk...

Peringatan:
kepada tukang sihir...
(aku gelak siap-siap)
arini korang menang..sebab pertolongan setan..
kita tengok setahun dua nanti...
jangan sampai darah korang jadi balasan...
tunggula saat kematian yang bakal menjelma...
rasakan azab dari penangan korang sendiri
kita sama tengok, saper yang lebih menderita...
sori to say, tiada maaf bagimu..


Ahad, 10 April 2011

Pepatah

"Ditelan mati mak, diluah mati bapak"
pepatah yang membawa maksud..
orang yang berada dalam keadaan tersepit antara dua keadaan 
atau dua peristiwa...

semoga aku mampu mencari jalan penyelesaian terbaik...
tanpa menyakitkan mana-mana pihak termasuk diri aku sendiri..

Buah pauh...

masa balik cuti pertengahan penggal lepas 
aku sempat menikmati buah pauh yang sedap and murah...
aku tak taulah tempat lain murah ker tak...
lambakan buah pauh dari Thailand 
membuatkan harganyer murah..
lagi satu..kitorang suka bli satu kotak plastik (25 KG)
sangatlah murah...rm 50 jer....
memang aku melantak sungguh-sungguhla...
masa duk matu ni...baru terasa nak makan lagi..
masa nak datang, lupa nak bawak..
padan muka aku...hua3...
nak buah pauhh!
 

Bear

"nah!"
dalam hati " dah besar pun dapat bear lagi.."

"awakkan suka patung, sbb tu saya blikan untuk awak"

haha3..kantoi...
terima kasih awak...!

Jumaat, 8 April 2011

kuching..

Masa g kuching aritu sempatla ambik sekeping dua gambar..
ni hotel yang aku menginap..
boleh tahanlah jgk...
tapi kalau bukak sliding door nampak pantai kan best..
huhu...mimpila aku...
camni baru best..
tapi sesetengah hotel..
 bagi tv buruk,..saper nak tgk kan?
ha3..banyak songeh!..
at Regal Court Hotel..
dulu namanyer Regalist hotel..
kalu tak silapla..

gambar masa kursus mmg tak ambik..
ptg isnin, balik jer dari kursus...
aku bersiap ker boulevard..
member ajak jalan..layann!
tersangkut gak sehelai dua..
kebetulan sale..
Yeo Mei Ing...
dengan mukanyer yang cute...
 kusyuk bersms...

 cermin kamera berkabut...
masa untuk makan...


ambik gambar kat luar jelah..
next time ok?
time to go back..
pukul 5.15 pagi...klik!
 1,2,3...klik!
 flight Airasia...

 Mas wing...
 takutla jgk rasa naik mas wing coz gegar lebih...
jumpa lagi kuching..
lain kali aku datang lagi..

Selasa, 5 April 2011

awak ingat awak bagus..?

kadang-kadang dalam hidup ni...
Allah menganugerahkan kita sebuah kehidupan yang membahgiakan,
kemewahan...isteri yang cantik..dan macam- macamla..
aper yang perlu kita lakukan?
ucaplah alhamdulillah..kerana allah meminjamkan 
nikmatnya untukku rasa.
begitu juga dengan kepandaian, kebolehan, pengalaman..
sesuatu yang takkan kita dapat tanpa izin allah..
tapi yang melukakan hati aku hari ni..
bila wujudnya sesetengah makluk yang bernama 
" manusia"
yang perasan dirinyer bagus sangatla kot..
kita tanya dengan baik,( aku kira dah cukup sopan santun)
tapi ayat yang diberi...
sangat mengecewakan..
so...aku pulak dalam seminggu dua yang 
aku kira sangat-sangat sibuk ni boleh pulak terasa hati..
nasibla ader makluk allah yang faham hati seorang manusia
yang teraniaya pada masa tu, menolong..
aku mendoakan moga di limpahkan rahmat ke atas orang tersebut..
hati awak lagi baik..lagi suci dari orang tu..
ayat aku: manusia kalau hati dia cam tong sampah..
pakai cantik cammana pun..
letak bedak 4 kilo pun..
tetap cam tong sampah..!
sekian, terima kasih...

nilai-nilai murni:
jangan perasan bagus, 
jangan menghina orang walaupun kita rasa kita bagus..
sebab bila orang sakit hati...
jangan sampai allah tarik balik aper yang pernah diberi...

Ahad, 3 April 2011

Seorang gadis dan dua orang isteri..

cam lawak..
tapi itulah reality..
hanya kisah perjalanan di hujung minggu..
hidup simple ajer..janji duit ada dalam poket..
semua jadi..tapi bukan niat nak berjoli..
kami ni keluar untuk dapatkan tiket free..hua3..
mana lagi bandar yang kitorang akan lepak..
hanya di sibu...

cam ustazahla aini ni..

ni pulak cam nak g jogging jer..
bukanla...sejukkk!

 kamera cinta hanya sensitif pada senyuman..
isteri-isteri yang comel...
 senyum lagi...klik!
muka sendiri pun nak bergambar gak..

ni dia...
saya ingin mempelkenalkan...
ekspress yang merupakan pengangkutan utama di sarawak..
bot lambat lagi nak gerak...
jom kita shopping dulu!
serang musim udang...
saiz camni RM 40 sekilo...
kalau pandai..DAPAT rm 35....
 yang ni pulak..RM 20 SEPINGGAN..

 RM 15 sepinggan..
sedap ni...
aritu ada orang bagi ikan tilapia kat sayer...
tq ye...

 yum-yum...
besarnyer...



kura-kura pun jual? haha..

ikan lumit...
RM 5 jer sotong..
besarnyer tauhu..
ni sebelum di potong..
..bersambung....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...