Khamis, 26 Mei 2011

besok balik kampung!!!


hai! senangnya dalam hati....
seronoknyer rase...
besok dah nak bertolak balikk ker kampung..
lepas jer waktu sekolah terus bertolak ke sibu...
mintak-mintak lancar perjalanan...
moga di beri perlindungan dan keselamatan...

tapi dalam kepala dah makin banyak menu yang tersenarai..
tadi ngajar budak pasal perancangan menu...
tapi aku ni dah bermenu-menu dah rasanyer...
laparr eh...cam kat padang putus plak aku ni...
sate Lanang...
buah pauh yang enak..

ayam yang digoreng rangup..

celup ngan sos thai...

ikan...kalau ader orang bagi lagi..

laksam..
nasi dagang..

nasi kerabu..

nasi ujan panas
makan ngan gulai

ketupat sotong...
yum.yummm!!!


Sabtu, 7 Mei 2011

Cekodok Durian Belanda

cekodok durian belanda..
rasanya ni baru beberapa kali makan seumur hidup..
ceritanya simple sajer..
jiran bagi buah durian belanda ni...
agak masam..so, nak makan sesajer tak tertelan pulak..
fikir punya fikir, last-last cekodok jugak jadinyer..
cara buatnyer simple ajer..ambik isi buah durian belanda
 buat cekodok cam biasa..
cuma lebihkan gula..
bila makan rasanyer menarik ada rasa masam, manis 
and rasa buah durian belanda..
cubalah!

Isnin, 2 Mei 2011

Bergambar lepas shopping

Jumaat yang lalu..
ketika kaum lelaki dok kusyuk dengar kutbah..
kami berlima ni bertolak ke Mukah..
bukan nak pergi ke pesta kaul ye...
nak pegi ambik duit jer...
tapi dalam hati kata nak g shopping barangan kraftangan sarawak...
hua3...memang dah agak dah...
dua tangan pun rasa tak cukup lagi nak pegang barang..
sakanla jugak...agak murah!
dah waktu magrib..posing sat tepi sungai mukah ni.
.



nampak tak barang kat depan kitorang...
tu baru sikit yang nampak...
thank to fiza, tuan punya kete...
next time yer cite barang per yang saye bli..

Ahad, 24 April 2011

Cara Nak Hilangkan Tension: Rumah NO.200

Tension...
perkataan yang akan terkeluar bila penat, fedup..
dan macam -macamlah lagi...
bagi penghuni N0. 200 ...ada cara yang lebih baik nak 
hilangkan tension dengan main permainan UNO.
haha...inilah dia permainan di zaman praktikal...dah hampir setahun 
setengah dah tak main games ni..tetiba rindu sangat nak main..

 time main kita main betol-betol..
kitorang siap buat carta..
saper juara tiap pusingan
sampaikan jalan rumah orang pun bawak kad UNO ni jugak tau..
nak kata gilernyer kitorang main..
balik sekolah jer terus main..pastu sambung buat kejer lagi sampai mid night..
sekarang ni susah nak main...
takder geng sekepala..
miss u so much penghuni rumah NO.200.
fida, kaksu dan jiah

ayu..

 adik diana..

kaksu dan aku...

Rahsia garisan tapak tangan

Cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas... Setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu.

1. Garis Kehidupan
Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin ia panjang dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.

2. Garis kecergasan
Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika ia jelas, terang dan lurus, ia memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran dan kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih.. Bagi kamu, setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke me nara gading tanpa sebarang masalah.

3. Garis hati/cinta
Garisan ini melambangkan perasaan dan percintaan kamu. Sekiranya kamu mempunyai satu garis yang panjang dan lurus, ia menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja. Manakala sekiranya garis itu putus-putus dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut, ada di antara kamu yang mempunyai garis putus-putus ini ' curang' dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama!

4. Garis kejayaan
Cuba kamu perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini. Adakah ia terdiri daripada satu garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang yang mempyai dua atau lebih garisan ini. Dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa juga yang diceburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak tangan kamu itu.

5. Garis matahari ( Sun line)
Bukan semua orang yang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu jelas dan nyata. Sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian, ia menunjukkan kamu akan menjadi kaya dan terkenal dalam kehidupan kamu. Sebab itulah, ada orang yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama. Ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.

6. Garis kesihatan
Sama seperti garis kehidupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas, lurus dan tidak putus-putus. Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. Begitu juga sebaliknya.

7. Garis perkahwinan
Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal dan bahagia selama-lamanya. Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup kamu. Tiada lagi yang kedua dan seterusnya...

8. Garis bilangan anak
Setiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya mata sendiri bila tiba masanya nanti. Berapa orang anakkah yang kamu inginkan? Tidakkah kamu perlu mengetahuinya? Apa yang perlu kamu lakukan ialah dengan mengira berapa banyak garisan halus dan pendek yang kamu miliki dan ia sebenarnya mewakili jumlah bakal anak kamu nanti. Misalnya kamu mendapat terdapat empat garisan Dan ini bermakna jumlah anak kamu nanti ialah empat orang.

9. Garis perjalanan
Adakah kamu ini seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar, suka merantau atau melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya kamu ini mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas dan terang, seperti yang dinyatakan pada garisan bernombor 9. Tidak hairanlah sekiranya kamu ini juga suka hidup berpindah-randah dan mudah bosan dengan sesuatu tempat.

10. Garis kewangan
Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna dan bahagia. Tentu sekali ia mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi kamu yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas dan terang, dikatakan kamu mampu memperolehi Wang yang banyak melalui pekerjaan yang kamu lakukan itu.

11. Garis pergelangan tangan
Cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalamnya. Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan ? Diramalkan, setiap garis membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. Kira saja berapa gelang yan gkamu ada dan ramalkan jumlah hayat kamu sendiri! Tapi awas! Jangan terlalu percaya sangat.... Ajal dan maut di tangan Tuhan kan ?

Ikan layur


ikan layur..
rasa macam kat semenanjung pun panggil nama yang sama..
seingat-ingat aku memang tak pernah makan bila dah besar..
masa kecik-kecik dulu mungkin pernah kot..
sebab atuk aku peniaga ikan..
ikan yang pelik-pelik ni mesti aku dah pernah rasa punyer..
aku nak bli ikan lain sebenarnya..
tapi yang ada ikan ni dan ikang parang jer..
ikan parang kan ada banyak tulang, aku tak berapa suka..
tanya pakcik tu...sedap ker ikan ni pakcik?
yer kata sedapp..
sebab tu aku bli..
RM 5 dua ekor/ 1 kg ..
aku bagi jiran sekor...nak rasa kan tak boleh banyak..
 masa potong memang betul ikan ni tak banyak tulang..
senang jer potong...
jiran cakap kalau goreng sedap, buat asam pedas,
gulai pun sedap...!
tau aper aku buat?
aku buat ala-ala sup...tumbuk bawang putih ngan halia,
then letak potato...ikan...terus rebus, tambah garam sket...
sebelum kul 11 dah siap makan...
tak pukul 2 nak makan lagi...sedap..
kalau singgam pun sedap ikan ni...
cuma nak singgam bahan tak cukup..
tapi aku memang sukala ikan ni..


Sabtu, 23 April 2011

Sifat berdasarkan jenis darah


 Jangan kata darah tak bawa maksud pada diri individu...
meh baca..

DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan! berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri.

Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.


DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, Sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang.

Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.


DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.

Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.

Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu.

Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

Percubaan pertama

Inilah dinamakan percubaan pertama...
cuba aper?
kelmarin, cuba buat nasi hujan panas...tp tak menjadi..
jadi nasi pelanggi...
coz beras kampung kot...
aku pun baru bli beras baru, mmg tak jangka beras ni lembik..
takper-takper...yang penting gulai udang masih mantap..
masa dok masak, semerbak harum...sampai ke tengah malam 
dok bau lagi rempah gulai..agaknyer telan liur jiran-jiran aku..
bukan taknak bg...stok lauk yang aku bli mmg sikit...
kalau nak bagi kat jiran, kna 3-4 buah rumah..
maklumlah jiran dekat, tak bagi...kang terasa pulak...
takpe2...next time..
memang mengingatkan aku pada kenduri kat kampung..
biasanya kalau kenduri kan bau rempah satu rumah..
padahal aku guna susu jer...tak guna santan pior...
bahan pun tak secukup yang seharusnya...
agaknyer aku ni dah makin pro bab gulai menggulai kot...
(hua3..aku perasan)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...