Sihir dalam masyarakat melayu
Sihir
dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi
badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib)
yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi
mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati
penyakit dan juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah sihir dalam
alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam.
Menurut
Ibn. Khaldun dalam buku Muqaddimah, "Ilmu sihir dan tilik adalah satu
ilmu tentang persedian jiwa manusia untuk mempengaruhi alam kebendaan
sama ada tanpa bantuan atau dengan bantuan dari langit. Yang pertama
adalah sihir dan yang kedua adalah tilik. Oleh kerana ilmu-ilmu ini
ditolak di sisi syariat kerana mengandungi bahaya, dan kerana di antara
syarat-syaratnya ialah mengadap selain daripada Allah, seperti
bintang atau sebagainya, maka kitab-kitabnya telah lenyap di kalangan
manusia kecuali yang terdapat dalam kitab-kitab bangsa-bangsa purba
termasuk yang ujud sebelum Nabi Musa AS seperti bangsa Qibti dan
Kaldani."
Mayarakat
melayu menggunakan sihir untuk bebrapa tujuan iaitu untuk melindungi
diri, mendapatkan kelebihan, mengawal atau memusnahkan musuh, meramal
masa hadapan dan alimun.
Jenis-jenis sihir
PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang diperolehi daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Antara bahan yang digunakan untuk membuat patung tersebut ialah tanah liat, kayu, tepung, plastesin, jerami dan kayu daka (nesan kayu). Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan mangsa akan sakit seterusnya membawa maut.
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang diperolehi daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Antara bahan yang digunakan untuk membuat patung tersebut ialah tanah liat, kayu, tepung, plastesin, jerami dan kayu daka (nesan kayu). Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan mangsa akan sakit seterusnya membawa maut.
SANTAU
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir.
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir.
TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.
TANGKAL dan AZIMAT
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za’faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za’faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.
Kesan-kesan sihir
1. Sihir memisahkan atau menceraikan perhubungan diantara dua orang atau lebih
Timbul perasaaan syak wasangka di anatara kedua belah pihak secara tiba-tiba
- Tiada perasaan timbang rasa
- Memperbesar-besarkan isu pertikaian walaupun pertikaian yang berlaku hanya meliputi perkara kecil sahaja.
- Berlaku perubahan pada penglihatan sebenar rupa bentuk tubuh diantara kedua-dua suami isteri.
- Mangsa berasa bosan terhadap aktiviti harian yang dilakukan serta tempat tinggal sendiri. Mangsa akan berasa senang hati dan gembira jika berada di luar rumah.
- Berubahnya sesuatu keadaan tertentu seperti perasaan kasih kepada perasaan benci.
2. Sihir pengasih / sihir kasih sayang
- Sabda Rasulullah s.a.w :
Ertinya: “Sesungguhnya jampi serapah, tangkal azimat serta sihir ilmu pengasih adalah syirik”. Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, lbnu Majah dan al Haakim. Hadis sahih, lihat Sahih al Albaaniy hadis nombor 331 - Dalam kitab an Nihaayah (1/200), Ibnu al Athiir rahimahullah telah berkata:“At Tiwaalah ialah sejenis ilmu sihir yang dikenakan supaya bertambah tambah kecintaan si isteri kepada si suami atau sebaliknya. Ia termasuk di dalam perkara perkara syirik kerana kepercayaan seseorang hanya tertumpu bahawa ia sahajalah yang mampu bertindak balas terhadap sesuatu yang dihajatkan. Perbuatan itu betul-betul bertentangan dengan qadar Allah S.WT.
- Bentuk
jampi serapah yang dimaksudkan di dalam hadis di atas adalah jampi
serapah yang mengandungi unsur-unsur perkhidmatan jin, syaitan dan
seumpamanya. Ia adalah bentuk-bentuk syirik . Jampi jampi yang
menggunakan ayat-ayat al Quran, doa-doa serta zikir-zikir yang
disyaratkan, maka ia harus digunakan menurut majoriti (ijmak) ulamak.
Terdapat di dalam Sahih Muslim bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
Ertinya: Tidak mengapa melakukan jampi serapah selagi mana tidak bercampur dengan unsur-unsur syirik”. Riwayat Muslim.
3.Sihir Pukauan
- Sesuatu objek yang asalnya tetap, tetapi tiba-tiba sahaja ianya bergerak-gerak.
- Sesuatu objek yang asalnya kecil, tiba-tiba bertukar menjadi besar.
- Diperlihatkan sesuatu yang bukan hakikatnya yang sebenar, contohnya orang ramai di zaman Nabi Musa melihat tali dan tongkat bertukar menjadi ular yang bergerak-gerak.
- Tukang sihir akan mempamirkan kepada orang ramai sesuatu benda yang dan dia akan memulakan bacaan mentera, jampi serapah atau apa-apa lagi bacaan syirik bertujuan memanggil syaitan
4. Sihir Gila
- Mangsa menjadi sasau, kebingungan, pelupa dan kadang-kadang tidak sedarkan diri
- Mangsa selalu meracau-racau dan menjerit jerit
- Mata mangsa selalu terbeliak dan melilau-lilau.
- Mangsa tidak tetap kedudukannya di satu-satu tempat.
- Kerja-kerja yang dilakukan selalu sahaja terbantut atau tidak lengkap.
- Tidak mengambil berat terhadap satu-satu pandangan penting. Diperingkat yang kritikal, kadang-kadang dia berjalan-jalan dengan tidak diketahui kemana arah tuju dan kadang-kadang tidur ditempat yang terasing.
5. Sihir menyendiri atau keseorangan
- Suka menyendiri (tidak suka di ganggu)
- Tidak suka melibatkan diri di dalam pergaulan.
- Bersifat pendiam dan tidak suka berbual.
- Benci melibatkan diri dalam hal hal kemasyarakatan.
- Fikiran selalu tidak menentu dan tidak tentu arah.
- Sentiasa mengalami pening-pening kepala.
- Selalu mengasingkan diri sendiri.
6. Sihir Histeria
- Mengalami mimpi-mimpi yang mengerikan.
- Sering bermimpi di dalam tidumya dan ada suara yang selalu memanggil-manggil namanya.
- Dalam keadaan jaga, kedengaran suara-suara yang bercakap dengannya tetapi orang yang bercakap tidak kelihatan.
- Mengalami perasaan was-was.
- Banyak timbul perasaan syak terhadap rakan dan orang orang yang dikasihi.
- Selalu bermimpi jatuh dari tempat yang amat tinggi dan rasa gayat.
- Selalu bermimpi binatang-binatang buas datang menerkam dirinya.
- Pesakit akan ketakutan,meracau racau dan menjerit jerit.
7. Sihir Penderitaan sakit
- Mengalami sakit yang berpanjangan pada salah satu anggota badan.
- Kerapkali diserang penyakit sawan.
- Mengalami kelumpuhan pada salah satu anggota tubuh badan.
- Mengalami kelumpuhan keseluruhan anggota badan.
- Lumpuh semangat dalam melakukan sebarang aktiviti.
8 Sihir Pendarahan (Istihaadah)
- Sihir berlaku kepada golongan wanita sahaja. Tukang sihir menyuruh khadam jinnya pergi kepada perempuan yang hendak di sihirnya.Jin bertugas menolak keluar darah dari badan mangsa. Sebaik sahaja jin itu masuk ke dalam jasad mangsa, ia akan bergerak pantas di segenap penjuru jasad melalui saluran saluran (urat-urat) darah.
- Apabila sampai ke saluran darah di bahagian penting wanita yang dikenali sebagai faraj (rahim), jin terus menolak keluar darah dengan sekuat kuatnya . Darah terus mengalir keluar melalui saluran-saluran darah dan bahagian penting tersebut tidak henti henti.
9. Sihir gagal perkahwinan
- Jika berjaya masuk ke dalam jasad wanita, dia akan menjadikan wanita itu merasa jemu dan benci untuk berkahwin dan segala pinangan yang datang ditolak.
- Jika tidak berjaya masuk ke dalam jasad, jin melakukan sihir pukauan. Ia akan memukau pandangan mata seseorang lelaki sehingga menyebabkan perempuan yang dilihatnya berwajah hodoh dan timbul rasa was-was terhadap apa yang sedang dilihat.Perkara ini juga turut dilakukan kepada pihak perempuan (mangsa).
- Sihir mati pucuk
10. Sihir mandul
- Berlaku apabila jin berjaya masuk ke dalam jasad seseorang dan menggangu fungsi anggota kelamin. Rawatan terhadap mandul jenis ini adalah dengan Al Quran, doa-doa serta zikir-zikir yang thabit dari Rasulullah S.A.W.Demikian juga yang dilakukan oleh syaitan jin kepada kaum wanita. Ia akan mengganggu sistem peranakan dan proses persenyawaan di dalam bahagian rahim seseorang wanita.
- Apabila proses persenyawaan telah berjaya, maka kehamilan akan berlaku pada wanita. Namun begitu selepas beberapa bulan mengandung syaitan jin akan berusaha sedaya upaya memusnahkannya, seterusnya menolak keluar kandungan tersebut. Pendarahan mula berlaku dan meleleh keluar dari rahim wanita, akhirnya membawa kepada keguguran.Didalam riwayat Al Bukhari dan Muslim, Rasulullah S.A.W. ada menerangkan bahawa syaitan itu sememangnya mampu bergerak pantas di dalam tubuh badan anak-anak Adam itu melalui saluran saluran darah
Apabila
telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal,
mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang
bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya.
Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit
disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas
bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang
terkenal dengan Labid bin A’sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu
kita bahawa terdapat ayat Al-Qur’an yang dinamakan Al-Mu’awwizat,
iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu
sehingga ia menjadi penawar.
Begitu
juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah
pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut
secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam
ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah
iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah
tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa
Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.
Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-62.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286
Walaupun
sihir sudah jelas-jelas haram di sisi agama, namun masih ada segelintir
masyarakat yang mengamalkan budaya dan amalan ini. Semoga kita semua
terhindar dan menghindar dari perbuatan terkutuk ini.