Selasa, 1 Februari 2011

kenangan banjir

Alhamdulillah...
nampak gaya tak jadi nak banjir dah..
orang kat Matu ni cakap "cini tiga kali setahun banjir"
sakit perut aku dengar...
mana taknyer...payah nak cari makan...
semua nak kna naik perahu...
rumah sewa aku ni bukan ada perahu spare,...
aritu pun dah menumpang kawanku...
tiap-tiap ari naik perahu g sekolah..
bestla jugak...sebab aku duduk ajer..
cuba aku yang mengayuh...
terjelir agaknyer... 
aper pun ni pengalaman yang tak pernah aku
rasa sebelum  ni...

ni gambar yang sempat aku tangkap masa 
kak ju datang kerumah...
kak ju bersama anak sulungnyer...

mmmm...cuba korang tengok awan...
tebalkan?
manala tak banjir...


 
korang rasa dalam mana air ni?
sampai kat betis ayam...?
kalu aku pun tak berani nak turun...
mau-mau kat leher gak ni...
dahla airnyer itam,,,
takut!
ni semua gambar yang aku ambik dari tingkap ajer..


korang bayangkan kalau sampan camni 
naik sampai 8-9 orang...
per korang rasa...

Rabu, 19 Januari 2011

Selamat pengantin baru sepupuku...

Alhamdulilah...
walaupun majlis hanya ringkas ajer...
tetapi tetap meriah..
nama lagi majlis kesyukuran...
boleh tahan gak ramai tetamu...
majlis kali ni berlangsung kat kuantan, 
umah makcikku...
dalam kesibukan, sempat jugak aku sekeluarga
menghadiri kenduri kawen sepupuku...
kami bertolak pukul 8 pagi...
dalam pukul sebelas lebih dah sampai sana...
aku tak banyak membantu...
jadi fotografer tak bertauliah jap..
hua3...
mak ngan kakak sibuk membantu kat dapur...
aku pulak cuma tolong tengok...
ni gambar sepupuku yang makin lama makin cun...

 
Liza...
Selamat Pengantin Baru...
26 dec 2010

Ni hantaran dari pihak perempuan...
tak dapat ambik penuh..
letih aku mengira...

liza and nor asma
sepupu-sepupuku....
gambar ni di ambil masa kitorang tengah takdek kejer...
biasela...
pengantin lelaki tak sampai lagi..

posing sket...
ambik aura...he3...
jangan mare...

liza dan suami...

tahniahla yer...
moga kekal ke akhir hayat...
ni ajerlah gambar yang aku kongsi...
line pun tak ok ni...
dah....: )

Sabtu, 15 Januari 2011

naper erk?

Add caption
Apabila orang menganiaya... kita sabar...
lepas tu ada lagi orang aniaya...
kita sabar lagi...orang tikam kita dari belakang....
kita tau ...tapi kita tak cakap pun...kita sabar lagi..
depan kita orang berlakon baik...
belakang dia mengata kita,
dia mengumpat kita,
kalau kita ni jahat sangat naper tak cakap per salah kita..,
kata kawan dunia akhirat
kalau kita terdengar orang mengumpat...
kita terasa hati...
kita cakap kat diri kita...
"Sabarla sayang..Allahkan ada,,."
bila kita jumpa dia kita buat-buat tak tau..
tapi depan kita dia baik sangat...
kita rasa sedih...
bukan sedih aper...
cuma sedih sebab dia 'sanggup' aniaya kita...
depan dia kita selamber jer..
hati kita nangis...
walau aper pun yang orang buat kat kita
kita cuba bersabar...
tapi tak taula suatu hari nanti...
apabila hati kita dah tak boleh sabar
jangan marah kat kita...
sebab kita ni tak pernah lupa..
" Doa orang -orang teraniaya dimakbulkan Allah"
kita ni bukan aper...
kita ni pun manusia...
ada hati...ada perasaan...
kalau rasa boleh masuk syurga takper jugak...
yakin ker boleh masuk syurga...?




Jumaat, 14 Januari 2011

kenangan dulu-dulu

Dulu aku pernah kerja kat LHDN...
tu kiranya pengalaman pertama aku...
suasana kerja yang agak best...
ramai jugak orang yang dapat aku kenal...
tapi yang penting pengalaman...
banyak mengajar aku bersabar, redha...
dan berdikari...
kenangan manis yang masih melekat kat hati...
ada beberapa gambar yang selalu aku tengok time rindu..
hua3...







Khamis, 13 Januari 2011

Matu Banjir

Akhirnyer...
dapat jugak aku merasa banjir kat matu ni...
boleh tahan air dalam gak...
kat rumah sewa aku ni mencecah jugak paras dada..
tapi rumah tak tenggelamla...
rumah area cini memang tinggi-tinggi...
memang susahla nak tenggelam...
kat sekolah pulak kat pinggang...
pagi tadi anak muridku jemput kat rumah...
takut jugak nak turun dalam air...
maklum ajerla..
airnyer color itam...
sekolah tetap berjalan seperti biasa...
walaupun murid tak ramai...
cikgu semua datang...
memang bleh dapat award guru cemerlangla...
masing jalan kaki dalam air...
walaupun duk jauh...sanggup!
demi tanggungjawab yang diamanahkan..
sampai sekolah...tukar lagi baju...
budak-budak pun sama...
nak balik tukar lagi...

Pemandangan pulak boleh tahan lawa...
cam sekolah dalam laut...
huhu...syok jer...harapkan sekolah tinggi jelah...
tapi yang seronok naik sampan...
first time merasa naik samapan dalam hidup aku...
best...paling best tengok mak bapak datang ambik 
anak diorang ngan sampan..
cam pasar kat Thailand...he3.

Jumaat, 24 Disember 2010

santau

Racun santau ialah sejenis sihir iaitu racun yang diberi kepada mangsa melalui zahir atau melalui angin iaitu melalui pemujaan syaitan atau jin. Mangsa yang kena santau selalu dibinasakan dengan perlahan-lahan sama ada supaya dia menderita berpanjangan yang berakir dengan kematian, atau pun menemui ajalnya dalam jangka masa tertentu.

Ada tiga jenis bahan utama yang selalu digunakan untuk menyediakan racun santau. Bahan-bahan ini terdiri dari benda-benda gatal (miang), bisa dan pedih.

1. Bahan Bisa boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.

2. Bahan Miang/Gatal diantaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.

3. Bahan Pedih (melukakan) yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.

Dalam pengalaman penulis mengubati pesakit racun santau, penulis telah bertemu dengan pesakit yang disantau dengan menggunakan bahan-bahan lain seperti bangkai tikus dan juga tuala wanita (sanitary pad) yang telah digunakan.

Santau hikmat atau lebih dikenali sebagai 'santau angin' atau 'santau seru', santau ini akan dihantar kepada mangsanya dengan menggunakan perhidmatan syaitan atau jin. Santau angin boleh dihantar ke rumah atau ke tempat kediaman menyebabkan ahli atau sebahagian mereka yang mendiami rumah tersebut terkena santau.

JENIS JENIS SANTAU:

Ada 2 jenis santau -

1. Santai yang disediakan dan diberi makan kepada mangsa secara hakikat atau zahir. Kesan santau ini semata-mata bergantung kepada kekuatan dan keberkesanan bahan racun santau yang diadunkan. Walau bagaimanapun bahan itu mudah keluar melalui saluran najis seperti proses makanan biasa.

2. Santau yang disediakan daripada bahan dan kaedah tertentu yang menggunakan hikmat. Istilah hikmat di sini bermaksud santau yang dibuat disertai pemujaan syaitan dan jin. Santau jenis ini tidak mudah keluar melalui saluran najis. Ia akan kekal dalam badan selagi tidak dikeluarkan dengan cara tertentu. Mangsa santau walaupun telah diubati tetapi saki baki santau yang tinggal dalam badan akan membiak dan boleh menyebabkan mangsa berkenaan sakit semula.

TANDA-TANDA TERKENA RACUN SANTAU:

Tanda-tanda awal seseorang itu terkena santau ialah rasa perit dan gatal pada tekak yang disertai dengan batuk. Batuk merupakan tanda yang paling lumrah bagi mereka yang terkena santau. Pada peringkat awal batuk disertai dengan pening kepala dan deman pagi dan petang. Batuk ini berlainan seperti batuk biasa. Ia merupakan batuk kering yang memanjang tanpa mengeluarkan kahak. Pesakit akan batuk pada masa-masa tertentu sahaja seperti antara pada pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi.

Pesakit juga akan merasa lesu dan deman, tidak boleh tidur malam, rasa gelisah, dan tidak berupaya berfikir seperti biasa. Kadangkala mangsa akan muntah darah. Darah yang keluar adalah akibat luka atau kerosakan mana-mana organ dalam badan dan akibat terkena bisa santau atau bahan-bahan yang melukakan.

Apabila batuk sampai ketahap serius, pesakit akan muntah darah bercampur dengan nanah. Pesakit kadang-kadang akan berasa seolah-olah ada rasa busuk keluar dari saluran tekaknya. Ini terjadi akibat luka yang telah menanah dari mana-mana organ dalam badan.

Sintom atau kesan yang lain termasuk:
1. Pesakit akan berasa lenguh sendi terutama di bahagian lutut dan pinggang.
2. Berasa tidak selesa dan sering sakit kepala.
3. Kurang selera makan menyebabkan badan kurus, pucat, letih dan kurang aktif.
4. Kurang daya ingatan.
5. Berubat tabiat asal menjadi pemarah atau panas baran.
6. Sakit di bahagian tengkuk.
7. Kesan lelah atau asthma.

Bahan-bahan racun santau ini akan bergerak sedikit demi sedikit menurut pergerakan darah dan berhenti di sendi-sendi. Kemudian ia akan terus bergerak ke hujung kaki dan tangan. Sekiranya kuku seseorang itu berwarnia hitam kebiru-biruan, ini menandakan pesakit itu sudah sampai ke peringkat yang teruk. Ketika ini pesakit selalu berasa kebas di kaki dan tangan.

Bahan santau yang diperbuat daripada bahan gatal, miang dan bisa itu apabila terkena pada organ-organ tertentu boleh menybabkan bahagian-bahagian tersebut luka dan berkudis. Kuman-kuman yang ada pada kudis itu akan terus menyerang anggota badan lain sedikit demi sedikit. Kuman-kuman ini mungkin menyerang paru-paru, buah pinggang, dan anggota yang lain. Serangan pada bahagian ini menyebabkan pesakit mendapat sakit sampingan sepertu lelah, sakit buah pinggang, hati (liver) dan sebagainya.

Khamis, 23 Disember 2010

Kanak-kanak dan permainan

kereta...
permainan  feveret budak lelaki..
and teddy bear dan patung
merupakan permainan kanak-kanak perempuan..
ringkasnyer kanak-kanak tak lekang daripada
membesar bersama permainan..
belajar dari cara bermain...
pelbagai teknik di pelajari...
kerete rosak cuba dibaiki...
macam tu jgk kereta yang ok dirosakkan...

 biarkan mereka bermain..

 bermain...belajar dan terus bermain...

 tapi awas, duit pun jadi bahan permaianan jgk..

tengok kanak-kanak bermain membawa aku kembali
pada zaman yang penuh keriangan...
semua aku lakukan...
mandi-manda disungai, lastik burung,
buat rakit daripada buluh dan batang
pisang bersama sepupu-sepupuku..
mengail ikan ikan di sungai...
berkelah di sungai sambil masak megi...
saat yang tak mungkin aku lupakan dalam sejarah hidupku...
jangan biarkan anak-anak kita terlepas
saat-saat yang sepatutnyer diorang rasai...

Rabu, 22 Disember 2010

Kek Gunung Merapi

Setelah berzaman aku cuba buat kek coklat moist..
baru arini dapat share dalam blog...
kek aku ni lain macam jadinyer...
kata kakak aku "kek gunung merapi"
teksturnyer mmg dasyat...
tapi makan best...
kalu sedikit lembap....
mmg mantap!
takpe2...nanti aku cuba lagi...
korang jangan terkejut beruk tgk kek aku buat ni...

saiz kek aku dalam piring cawan...
aku malas nak curah coklat...
hentamla belalang habiskan tanpa coklat...


ni kek aku dalam loyang...
baru 2 jam dah separuh habis...
tak sempat nak mencurah coklat...
kepada yang pakar dalam membuat kek coklat moist...
share ilmu yer...he3...
sebenarnyer resepi ni aku petik dari cini...
resepi ni da mantap...
cuma aku buat jer jadi lain macam...
hua3...


Selasa, 21 Disember 2010

ubi bentuk orang

Seorang petani telah menemui ubi kentang
yang mempunyai bentuk seperti orang di Yangzhong,China.
saiz ubi kentang ini sepanjang 63cm.
bentuknyer mmg menyerupai manusia.
 
macam sepasang lelaki dan wanita kan...
pelik tapi benar...
gambar yang bawah ni pulak merupakan ubi kayu 
yang dijumpai oleh penduduk tempatan..
ubi ni di panggil UBI KANGKANG kerana bentuknyer 
seperti kangkang orang..
pelik...tapi benar...


geli pulak tgk...he3.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...