Racun santau ialah sejenis sihir iaitu racun yang diberi
kepada mangsa melalui zahir atau melalui angin iaitu melalui pemujaan syaitan
atau jin. Mangsa yang kena santau selalu dibinasakan dengan perlahan-lahan sama
ada supaya dia menderita berpanjangan yang berakir dengan kematian, atau pun
menemui ajalnya dalam jangka masa tertentu.
Ada tiga jenis bahan utama
yang selalu digunakan untuk menyediakan racun santau. Bahan-bahan ini terdiri
dari benda-benda gatal (miang), bisa dan pedih.
1. Bahan Bisa boleh
diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular
senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah
kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.
2. Bahan Miang/Gatal
diantaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali
guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan
merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.
3. Bahan Pedih
(melukakan) yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan
tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku
manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada
binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.
Dalam
pengalaman penulis mengubati pesakit racun santau, penulis telah bertemu dengan
pesakit yang disantau dengan menggunakan bahan-bahan lain seperti bangkai tikus
dan juga tuala wanita (sanitary pad) yang telah digunakan.
Santau hikmat
atau lebih dikenali sebagai 'santau angin' atau 'santau seru', santau ini akan
dihantar kepada mangsanya dengan menggunakan perhidmatan syaitan atau jin.
Santau angin boleh dihantar ke rumah atau ke tempat kediaman menyebabkan ahli
atau sebahagian mereka yang mendiami rumah tersebut terkena santau.
JENIS JENIS SANTAU:
Ada 2 jenis santau -
1. Santai yang
disediakan dan diberi makan kepada mangsa secara hakikat atau zahir. Kesan
santau ini semata-mata bergantung kepada kekuatan dan keberkesanan bahan racun
santau yang diadunkan. Walau bagaimanapun bahan itu mudah keluar melalui saluran
najis seperti proses makanan biasa.
2. Santau yang disediakan daripada
bahan dan kaedah tertentu yang menggunakan hikmat. Istilah hikmat di sini
bermaksud santau yang dibuat disertai pemujaan syaitan dan jin. Santau jenis ini
tidak mudah keluar melalui saluran najis. Ia akan kekal dalam badan selagi tidak
dikeluarkan dengan cara tertentu. Mangsa santau walaupun telah diubati tetapi
saki baki santau yang tinggal dalam badan akan membiak dan boleh menyebabkan
mangsa berkenaan sakit semula.
TANDA-TANDA TERKENA RACUN
SANTAU:
Tanda-tanda awal seseorang itu terkena santau ialah rasa perit
dan gatal pada tekak yang disertai dengan batuk. Batuk merupakan tanda yang
paling lumrah bagi mereka yang terkena santau. Pada peringkat awal batuk
disertai dengan pening kepala dan deman pagi dan petang. Batuk ini berlainan
seperti batuk biasa. Ia merupakan batuk kering yang memanjang tanpa mengeluarkan
kahak. Pesakit akan batuk pada masa-masa tertentu sahaja seperti antara pada
pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi.
Pesakit juga akan merasa lesu dan
deman, tidak boleh tidur malam, rasa gelisah, dan tidak berupaya berfikir
seperti biasa. Kadangkala mangsa akan muntah darah. Darah yang keluar adalah
akibat luka atau kerosakan mana-mana organ dalam badan dan akibat terkena bisa
santau atau bahan-bahan yang melukakan.
Apabila batuk sampai ketahap
serius, pesakit akan muntah darah bercampur dengan nanah. Pesakit kadang-kadang
akan berasa seolah-olah ada rasa busuk keluar dari saluran tekaknya. Ini terjadi
akibat luka yang telah menanah dari mana-mana organ dalam badan.
Sintom
atau kesan yang lain termasuk:
1. Pesakit akan berasa lenguh sendi terutama
di bahagian lutut dan pinggang.
2. Berasa tidak selesa dan sering sakit
kepala.
3. Kurang selera makan menyebabkan badan kurus, pucat, letih dan
kurang aktif.
4. Kurang daya ingatan.
5. Berubat tabiat asal menjadi
pemarah atau panas baran.
6. Sakit di bahagian tengkuk.
7. Kesan lelah
atau asthma.
Bahan-bahan racun santau ini akan bergerak sedikit demi
sedikit menurut pergerakan darah dan berhenti di sendi-sendi. Kemudian ia akan
terus bergerak ke hujung kaki dan tangan. Sekiranya kuku seseorang itu berwarnia
hitam kebiru-biruan, ini menandakan pesakit itu sudah sampai ke peringkat yang
teruk. Ketika ini pesakit selalu berasa kebas di kaki dan tangan.
Bahan
santau yang diperbuat daripada bahan gatal, miang dan bisa itu apabila terkena
pada organ-organ tertentu boleh menybabkan bahagian-bahagian tersebut luka dan
berkudis. Kuman-kuman yang ada pada kudis itu akan terus menyerang anggota badan
lain sedikit demi sedikit. Kuman-kuman ini mungkin menyerang paru-paru, buah
pinggang, dan anggota yang lain. Serangan pada bahagian ini menyebabkan pesakit
mendapat sakit sampingan sepertu lelah, sakit buah pinggang, hati (liver) dan
sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan