Zaman sekarang ni..
ramai yang kawen tapi sukar untuk dapat baby..
sabarla...mungkin belum ada rezeki korang...
tapi yang heran, yang buat hubungan haram tu cepat pulak dapat anak..
macam-macam!
ni ada beberapa tip untuk cepat hamil yang aku petik..
(bukan pengalaman sendiri)
lagipun aku rasa diri bukan berumur belasan tahun
dan malu-malu untuk tahu sesuatu yang semua orang patut tahu..
bagi suami isteri yang menginginkan anak...
selamat mencuba...!
1. Waktu Terbaik Untuk Melakukan Hubungan Seksual:-
Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui
tentang masa
yang sesuai untuk melakukan hubungan seks iaitu
pada waktu wanita subur (masa
pengeluaran telur @ ovulasi).
Bila dan bagaimana untuk mengetahui waktu subur
anda? Anda
boleh dapatkan ovulation kit di mana2 farmasi. Ovulation
kit ini
boleh membantu anda menentukan bilakah masa
subur anda. Anda perlu tahu bahawa
telur yang matang
hanya hidup 24 jam sedangkan sperma pula hidup
48 hingga 72
jam dalam tubuh wanita. Oleh itu,
sekiranya anda melakukan hubungan seks sebelum
saat
ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi.
2. Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual:-
Ini adalah bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri.
Tidak ada angka @
fakta yang tepat yang dapat memastikan
berapa kali seseorang itu harus melakukan
hubungan
untuk hamil. Ada wanita yang hamil hanya dengan satu
kali sahaja tetapi
ada juga yang memerlukan waktu
yang lebih lama. Bagaimanapun yang paling penting
ialah "berapa kerap" anda melakukan hubungan
pada " waktu subur". Sebab, jika
anda melakukan
hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa
anda (isteri)
subur, potensi untuk mengandung
tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.
3. Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda:-
Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika
seorang wantia mencapai
orgasme - klimaks semasa
hubungan kelamin - akan membentuk suasana alkaline
pada
vagina yang mana sperma suka keadaan ini,
berbanding keadaan normal vagina. Jika
anda
mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau
sesaat sesudah pasangan anda
ejakulasi maka kesempatan
sperma untuk selamat sampai di servik - rahim - lebih
tinggi.
4. Posisi Hubungan Seksual:-
Posisi seks yang dicadangkan berikut ini mungkin dapat
meningkatkan
kemungkinan terjadinya kehamilan. Posisi
suami di atas adalah yang terbaik untuk
anda hamil.
Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda,
sehingga
pinggul anda beristirahat untuk menampung
sejumlah sperma selama 15 minit atau
lebih selepas anda
berdua mencapai klimaks bersama sama.
Keadaan ini akan memudahkan sperma berenang
ke dalam rahim. Jangan
menggunakan bantal yang
besar dan terlalu tinggi, kerana ia akan menyebabkan
sperma terkumpul dibelakang rahim sahaja dan ini
akan menyukarkannya untuk
berenang dan bergabung
dengan sel telur, yang akhirnya menjadikan usaha anda
sia-sia saja.
Manakala posisi seksual yang perlu dielakkan bila
anda ingin hamil adalah
posisi wanita di atas,
duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian
dari
sperma keluar dan hanya tersisa sedikit sperma
yang mencuba berenang ke arah sel
telur. Hukum graviti.
5. Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan
Seks:-
Tidak ada bukti yang menunjukkan bahwa jika anda tidak
bergerak gerak selepas
hubungan akan meningkatkan
potensi untuk hamil. Karena sebenarnya sperma
sudah
berada di dalam servik - rahim - sesaat
setelah ejakulasi. Namun adalah
digalakkan agar anda
memberi masa untuk sperma berenang ke servik
seperti yang
diterangkan sebelumnya. Anda juga diingatkan
agar tidak membersihkan vagina anda
dengan cairan
pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual
kerana cairan
pembersih vagina adalah bersifat toksic untuk sperma.
6. Buat Para Suami:-
Para suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam
yang terlalu ketat atau
mandi air panas, ini kerana ia akan
menurunkan kemungkinan kehamilan kerana
proses
penekanan atau panas kawasan testis (pembentuk sperma).
Ini berkait
dengan tabiat atau amalan kebiasaan.
7. Relaks:-
Setiap pasangan suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah
dalam menghadapi
apa jua stress @ tekanan. Ini kerana
stress atau tekanan terhadap sesuatu
masalah ini mampu
menurunkan keupayaan untuk hamil.
8. Jaga Kesihatan Anda:-
Menjaga kesihatan adalah asas yang paling penting. Pastikan
tubuh anda cukup
nutrisi. Perlu diingatkan bahawa
wanita yang sihat akan lebih mudah hamil
daripada
yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang.
Tips di atas diharapkan dapat membantu anda
untuk meningkatkan kemungkinan
untuk hamil.
Anda perlu tahu, hanya 30% sahaja dari jumlah sperma
yang bertemu
dengan telur di dalam rahim akan
berhasil untuk melakukan kehamilan manakala 70%
lagi gagal
walaupun anda telah melakukannya dengan betul.
Jadi anda harus
menunggu dan mencuba lagi.
Sekiranya anda telah mencubanya sehingga 1 tahun tanpa
membuahkan hasil maka
adalah penting untuk anda
dan pasangan merujuk kepada doktor pakar untuk
dapatkan
rawatan dan khidmat rundingan yang terbaik.
Jodoh, rezeki dan anak adalah ketentuan dan anugerah Allah,
bagaimanapun korang
harus berusaha sebaik mungkin
untuk meraihnya. Dr pakar adalah perunding
terbaik
untuk membantu mendapat anak.
Yang paling penting, sikap keterbukaan antara suami
dan isteri untuk sama
sama berfikir, berbincang
dan berusaha untuk mendapatkan anak.
Rancang hubungan seksual , niat dengan ikhlas,
berdoa kepada Allah dan
ikut pesanan dan nasihat Dr.
Insya Allah berjaya.
YANG BAIK TU DATANG DARI ALLAH..
YANG BURUK PULAK DARI KELEMAHAN DIRI MANUSIA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan