Isnin, 13 Oktober 2014

BAHAYA PENGAMBILAN PIL KUDA

BAHAYA PIL KUDA

METH MEMPUNYAI KESAN SAMPINGAN YANG KETARA DALAM MASA PENDEK TERMASUK KETAGIHAN YANG MELAMPAU.ANTARA KESAN PIL KUDA ADALAH :

PARANOIA
Pil kuda boleh menyebabkan seseorang itu bertindak melebihi dari kemampuannya, namum dalam masa yang sama penagih pil kuda mempunyai pemikiran  yang tidak menentu seperti dalam ketakutan.

SICKNESS
Kesan Pil Kuda boleh melemahkan daya tahan dan mudah seseorang penagih Pil Kuda untuk mendapat penyakit yang lebih kerap dan memakan masa yang lama untuk sembuh serta mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan virus yang merbahaya.

HYPERTHERIA
Pil Kuda bole meningkatkan suhu badan ke tahap yang berlebihan. apabila badan tidak boleh menyingkirkan semua haba, ia boleh membawa kepada kerosakan otak ataupun kematian.

INSOMNIA
Pil Kuda menyebabkan seseorang penagih itu mengalami gangguan tidur beberapa hari ataupun berminggu-minggu.

PALPITATIONS
Penagih Pil Kuda boleh menyebabkan seseorang itu bertindak diluar jangkaan, perasaan yang berdebar-debar disertai dengan berpeluh berlebihan jika berlarutan ianya berkemungkinan boleh membawa maut.

SEIZURES
gegaran yang tidak terkawal dalam badan, atau sawan, yang boleh membawa maut.

SENSORY HALLUCINATIONS
Penagih Pil Kuda mempunyai gangguan halusinasi dan berkhayal.

DIARRAHEA
Pil Kuda boleh merosakkan sistem pencernaan yang boleh menyebabkan sakit perut dan cirit-birit.

STROKE
Kesan Pil Kuda boleh memecahkan saluran darah di dalam otak serta mengganggu aliran darah yang penting, yang menyebabkan seseorang itu tidak jelas apaibal bercakap, membantut pergerakan, kaburkan penglihatan atau kematian.

VOMITING
Diperbuat daripada racun yang boleh menyerang saraf.

ADDICTION
Pil Kuda adalah salah satu bahan yang paling cepat menyebabkan ketagihan daripada mana-mana dadah yang lain

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...