Rabu, 21 Disember 2011

sihir..

Sihir dalam masyarakat melayu

Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam.

Menurut Ibn. Khaldun dalam buku Muqaddimah, "Ilmu sihir dan tilik adalah satu ilmu tentang persedian jiwa manusia untuk mempengaruhi alam kebendaan sama ada tanpa bantuan atau dengan bantuan dari langit. Yang pertama adalah sihir dan yang kedua adalah tilik. Oleh kerana ilmu-ilmu ini ditolak di sisi syariat kerana mengandungi bahaya, dan kerana di antara syarat-syaratnya ialah mengadap selain daripada Allah, seperti bintang atau sebagainya, maka kitab-kitabnya telah lenyap di kalangan manusia kecuali yang terdapat dalam kitab-kitab bangsa-bangsa purba termasuk yang ujud sebelum Nabi Musa AS seperti bangsa Qibti dan Kaldani."

Mayarakat melayu menggunakan sihir untuk bebrapa tujuan iaitu untuk melindungi diri, mendapatkan kelebihan, mengawal atau memusnahkan musuh, meramal masa hadapan dan alimun.

Jenis-jenis sihir

PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang diperolehi daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Antara bahan yang digunakan untuk membuat patung tersebut ialah tanah liat, kayu, tepung, plastesin, jerami dan kayu daka (nesan kayu). Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan mangsa akan sakit seterusnya membawa maut.



SANTAU
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir.


TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.


TANGKAL dan AZIMAT
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za’faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.

 Kesan-kesan sihir

1. Sihir memisahkan atau menceraikan perhubungan diantara dua orang atau lebih
  • Timbul perasaaan syak wasangka di anatara kedua belah pihak secara tiba-tiba
  •  Tiada perasaan timbang rasa
  • Memperbesar-besarkan isu pertikaian walaupun pertikaian yang berlaku hanya meliputi perkara kecil sahaja.
  • Berlaku perubahan pada penglihatan sebenar rupa bentuk tubuh diantara  kedua-dua suami isteri. 
  • Mangsa berasa bosan terhadap aktiviti harian yang dilakukan serta tempat tinggal sendiri. Mangsa akan berasa senang hati dan gembira jika berada di luar rumah.  
  • Berubahnya sesuatu keadaan tertentu seperti perasaan kasih kepada perasaan benci.

2. Sihir pengasih / sihir kasih sayang

  • Sabda Rasulullah s.a.w :
    Ertinya: “Sesungguhnya jampi serapah, tangkal azimat serta sihir ilmu pengasih adalah syirik”. Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, lbnu Majah dan al Haakim. Hadis sahih, lihat Sahih al Albaaniy hadis nombor 331
  • Dalam kitab an Nihaayah (1/200), Ibnu al Athiir rahimahullah telah berkata:“At Tiwaalah ialah sejenis ilmu sihir yang dikenakan supaya bertambah tambah kecintaan si isteri kepada si suami atau sebaliknya. Ia termasuk di dalam perkara­ perkara syirik kerana kepercayaan seseorang hanya tertumpu bahawa ia sahajalah yang mampu bertindak balas terhadap sesuatu yang dihajatkan. Perbuatan itu betul-betul bertentangan dengan qadar Allah S.WT.
  • Bentuk jampi serapah yang dimaksudkan di dalam hadis di atas adalah jampi serapah yang mengandungi unsur-unsur perkhidmatan jin, syaitan dan seumpamanya. Ia adalah bentuk-bentuk syirik . Jampi jampi yang menggunakan ayat-ayat al Quran, doa-doa serta zikir-zikir yang disyaratkan, maka ia harus digunakan menurut majoriti (ijmak) ulamak. Terdapat di dalam Sahih Muslim bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
    Ertinya: Tidak mengapa melakukan jampi serapah selagi mana tidak bercampur dengan unsur-unsur syirik”. Riwayat Muslim.

3.Sihir Pukauan
  • Sesuatu objek yang asalnya tetap, tetapi tiba-tiba sahaja ianya bergerak-gerak.
  • Sesuatu objek yang asalnya kecil, tiba-tiba bertukar menjadi besar.
  • Diperlihatkan sesuatu yang bukan hakikatnya yang sebenar, contohnya orang ramai di zaman Nabi Musa melihat tali dan tongkat bertukar menjadi ular yang bergerak-gerak.
  • Tukang sihir akan mempamirkan kepada orang ramai sesuatu benda yang dan dia akan memulakan bacaan mentera, jampi serapah atau apa-apa lagi bacaan syirik bertujuan memanggil syaitan­
4. Sihir Gila       
  • Mangsa menjadi sasau, kebingungan, pelupa dan kadang-kadang tidak sedarkan diri
  •  Mangsa selalu meracau-racau dan menjerit jerit
  • Mata mangsa selalu terbeliak dan melilau-lilau.
  •  Mangsa tidak tetap kedudukannya di satu-satu tempat.
  • Kerja-kerja yang dilakukan selalu sahaja terbantut atau tidak lengkap.
  • Tidak mengambil berat terhadap satu-satu pandangan penting. Diperingkat yang kritikal, kadang-kadang dia berjalan-jalan dengan tidak diketahui kemana arah tuju dan kadang-kadang tidur ditempat yang terasing.
 
5. Sihir menyendiri atau keseorangan
  • Suka menyendiri (tidak suka di ganggu)
  • Tidak suka melibatkan diri di dalam pergaulan.
  • Bersifat pendiam dan tidak suka berbual.
  • Benci melibatkan diri dalam hal hal kemasyarakatan.
  • Fikiran selalu tidak menentu dan tidak tentu arah.
  • Sentiasa mengalami pening-pening kepala.
  • Selalu mengasingkan diri sendiri.  
6. Sihir Histeria
  • Mengalami mimpi-mimpi yang mengerikan.
  • Sering bermimpi di dalam tidumya dan ada suara yang selalu memanggil-manggil namanya.
  • Dalam keadaan jaga, kedengaran suara-suara yang bercakap dengannya tetapi orang yang bercakap tidak kelihatan.
  • Mengalami perasaan was-was.
  • Banyak timbul perasaan syak terhadap rakan dan orang orang yang dikasihi.
  • Selalu bermimpi jatuh dari tempat yang amat tinggi dan rasa gayat.
  • Selalu bermimpi binatang-binatang buas datang menerkam dirinya.
  • Pesakit akan ketakutan,meracau racau dan menjerit jerit.

7. Sihir Penderitaan sakit
  • Mengalami sakit yang berpanjangan pada salah satu anggota badan.
  • Kerapkali diserang penyakit sawan.
  • Mengalami kelumpuhan pada salah satu anggota tubuh badan.
  • Mengalami kelumpuhan keseluruhan anggota badan.
  • Lumpuh semangat dalam melakukan sebarang aktiviti. 
8 Sihir Pendarahan (Istihaadah)
  • Sihir berlaku kepada golongan wanita sahaja. Tukang sihir menyuruh khadam jinnya pergi kepada perempuan yang hendak di sihirnya.Jin bertugas menolak keluar darah dari badan mangsa. Sebaik sahaja jin itu masuk ke dalam jasad mangsa, ia akan bergerak pantas di segenap penjuru jasad melalui saluran ­saluran (urat-urat) darah.
  • Apabila sampai ke saluran darah di bahagian penting wanita yang dikenali sebagai faraj (rahim), jin terus menolak keluar darah dengan sekuat ­kuatnya . Darah terus mengalir keluar melalui saluran-saluran darah dan bahagian penting tersebut tidak henti henti.
 
9. Sihir gagal perkahwinan
  • Jika berjaya masuk ke dalam jasad wanita, dia akan menjadikan wanita itu merasa jemu dan benci untuk berkahwin dan segala pinangan yang datang ditolak.
  • Jika tidak berjaya masuk ke dalam jasad, jin melakukan sihir pukauan. Ia akan memukau pandangan mata seseorang lelaki sehingga menyebabkan perempuan yang dilihatnya berwajah hodoh dan timbul rasa was-was terhadap apa yang sedang dilihat.Perkara ini juga turut dilakukan kepada pihak perempuan (mangsa).
  • Sihir mati pucuk
 10. Sihir mandul
  • Berlaku apabila jin berjaya masuk ke dalam jasad seseorang dan menggangu fungsi anggota kelamin. Rawatan terhadap mandul jenis ini adalah dengan Al Quran, doa-doa serta zikir-zikir yang thabit dari Rasulullah S.A.W.Demikian juga yang dilakukan oleh syaitan jin kepada kaum wanita. Ia akan mengganggu sistem peranakan dan proses persenyawaan di dalam bahagian rahim seseorang wanita.
  • Apabila proses persenyawaan telah berjaya, maka kehamilan akan berlaku pada wanita. Namun begitu selepas beberapa bulan mengandung syaitan jin akan berusaha sedaya upaya memusnahkannya, seterusnya menolak keluar kandungan tersebut. Pendarahan mula berlaku dan meleleh keluar dari rahim wanita, akhirnya membawa kepada keguguran.Didalam riwayat Al Bukhari dan Muslim, Rasulullah S.A.W. ada menerangkan bahawa syaitan itu sememangnya mampu bergerak pantas di dalam tubuh badan anak-anak Adam itu melalui saluran saluran darah
Cara-cara mengatasi sihir
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A’sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur’an yang dinamakan Al-Mu’awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.
Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.
Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

Walaupun sihir sudah jelas-jelas haram di sisi agama, namun masih ada segelintir masyarakat yang mengamalkan budaya dan amalan ini. Semoga kita semua terhindar dan menghindar dari perbuatan terkutuk ini.

Ahad, 11 Disember 2011

mesti kuat

....
dugaan yang datang buat aku blur...
setelah duniaku berpusing sebanyak 360'...
hatiku tak seperti dulu..
hatiku sudah membeku...
sebab yang dipamerkan tak seperti kebenaran...
aku jadi terkeliru...
orang ketawa melihat tangisanku..

 ...
maaf....hati ini bukan milik sy..
ia milik allah...
saya tak paksa hati saya...







Jumaat, 9 Disember 2011

akukah??

salahkah andai aku tidak ingin dipaksa..
kawen ni bukan macam main masak-masak..
sampai ke akhir hayat...
bukan aku taknak tapi
 aku yakin...
aku hanya ingin...
 teman yang mampu memahami diriku seadanya...

walaupun mungkin tak sama tapi tetap serasi bersama...


 merasa selesa bila kita bersama..

 aku tidak memilih yang hebat...
cuma yang selesa di hatiku...

tak jugak hensem cam ni...

tapi kalau yang biasa-biasa jer....
apepun yang yang orang kata...
tak penting ...
sebab perancangan allah kita tak tau..
jodoh pertemuan di tangan Allah..


Jering Rebus

baunya haring tapi enak dimakan...
aku tak pastila makanan ni glammor tak kat negeri lain...
yang pastinya kat teganu ni memang populor la jugak..
jering yang telah matang direbus dengan cara yang tersendiri ..
memang enak dimakan bersama kelapa muda parut..
layann...

Sabtu, 12 November 2011

Akan Ada Perubahan Lagi..

kesibukan diakhir tahun tak dapat menghalang aku dari berfikir
...dan terus berfikir lagi....
Mental dan emosi perlu kuat
untuk menerima perubahan pada tahun baru..
....2012...
perubahan yang sedikit sebanyak akan membuatku stress
tapi ..ia bukanlah suatu halangan untuk aku teruskan perjuangan ini..
cayok! cayokkk!!



Rabu, 9 November 2011

9 hari berlalu..

ku lihat bulan...
indahnya ciptaanmu tuhan, 
setiap kejadianmu punya ciri tersendiri..
tapi pasti ada juga kekurangannya...ya..

bulan...
naper ko tersenyum?
....

(bulan berkata...)
kau kuat sayang, 
aku kagum melihat kecekalan hatimu..
tak semua orang mampu bertahan, 
mampu tersenyum padahal hatimu terluka..
malam dan siangmu berbeza...
siangmu bagai tiada duka terlukis di wajahmu...
malammu tak seperti dulu...
tahajudmu membuatku kagum...
air matamu mengalir laju  di malam hari...
tapi siangnya..kau tersenyum riang...
bagai tiada duka dihatimu..
sayang...
apa punca kelukaanmu...
siapakah  dia yang  sanggup menyakitimu?


ku pandang bulan..
ku tersenyum..
bulan...
kau indah....
ku terasa ingin menyentuhmu..
tapi.....aku tak mampu...







Rabu, 19 Oktober 2011

Dunia ku berpusing..

 Diari orang dalam keresahan:

"akhir-akhir ini duniaku sedikit kelam kabut..
tak berdaya sungguh rasanya diri ini...
banyak tunggakkan kerja tak mampu 
aku siapkan dengan sempurna...
sangat trouble diriku..."

Diari  orang hepi :

"sinaran matahari menyimbah ke wajahku..
bayu pagi terasa menyucuk sampai ke tulang..
burung-burung berkicauan riang...
hatiku tersenyum riang..
syukur akhirnya impianku tercapai juga.."

Diari orang berduka:
"terasa senyumanku terlalu sumbing hari ni..
aku tak ceria seperti selalu, member pun 
dah tegur nper tak ceria, tak gelak-gelak cam selalu..
senyuman pun cam terpaksa jer.."

apapun keadaanya...
selagi nafas masih di dada...
allah penolong terbaekk!!
Ku SERAHKAN hidup matiku hanya untuk ALLAH.

Isnin, 10 Oktober 2011

Hari ini hari lahirku..

10 oktober 2011
alhamdulillah..
hari ni genap umurku 27  tahun...
dah lama rupanya mengenal dunia...
terima kasih mak dan ayah..
tanpa anda, siapalah sayya...!
walaupun tak cantik..
tapi  masih cute...kata sorang kawan...(sorang jer...? )
 nampak menarik...kata sorang pakcik..(bukan pakcik ni suke aku tau..!)
 alhamdulillah...
kerana aku masih lagi menjadi seorang suhaizam..
masih berpegang pada prinsip diriku...

alhamdulillah..
kerana aku masih bertahan dikala ombak dan badai melanda..
bukan saja menguji fizikal tetapi juga emosi..
he3..(cam lawak bunyi statment tu..)
alhamdulillah..
aku masih lagi bernafas dengan baik walaupun kenkadang 
aku tenggelam dalam dalam alam fantasi..
 tak sanggup nak tinggalkan zaman kanak-kanak..
terima kasih kawan-kawan yang sentiasa menemaniku..
sejak aku kecik...sampailah sekarang..
waktu memancing sambil makan megi...
semasa sama-sama main rakit batang pisang..
yang kadang-kadang tenggelam..kadang-kadang timbul..
sama-sama study dan enjoy tak cukup dunia...
window shopping sambil makan aiskrim..
walaupun poket kering..
dan cuci mata..
 temani aku berjogging sambil main buai dan gelongsor..
(main curi-curi, waktu subuh)
hua3...aku enjoy!
g jalan-jalan walaupun kete pinjam..
jatuh masuk longkang...sambil nangis-nangis...
namun! semua itu adalah kenangan terindah dalam hidupku...

Namun..
aku masih punya impian yang belum aku capai..
lama sudah aku berdoa..
tak tau berapa kali raya aku doa..
masih belum di makbulkan lagi..
tapi aku yakin..pasti Allah ingin memberikan
yang paling baik untukku...

ya Allah...
di hari lahirku..
moga kau ampunkan segala dosa-dosaku, 
dosa kedua ibubapaku..
dosa sanak saudaraku..sahabat handaiku..
dosa seluruh umah islam..

ya Allah...
moga dipermudahkan segala urusanku..
diberkati segala urusanku..
semoga aku mampu menjalankan
tanggung jawabku dengan sempurna..

ya  Alllah ...
tambahkan iman di dadaku...
moga dijadikan aku...
wanita yang solehah, 
anak yang taat pada kedua ibu bapaku..
isteri solehah  yang taat pada suami 
dan ibu yang mithali..

Ya Allah.
semoga di hari lahirku..
kau beriku hadiah yang terindah ..
hadiah yang tak pernah ku jangka...
Ya Allah..
moga kau makbulkan segala impian 
dan harapanku..yang masih belum kau makbulkan...
berikan aku kebahagian dunia dan akhirat...
amin...

Sabtu, 1 Oktober 2011

Bila Aku Berduka

لا Ø¥ِلهَ Ø¥ِلاَّ Ø£َÙ†ْتَ سُبْحانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ّÙ‰‏ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظَّالِمينَ
“Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, 
sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
 
 zikir ini yang selalu ku baca dikala hati gelisah, sedih, dianiaya, berduka... 
zikir ini merupakan zikir yang dibaca oleh Nabi Nuh ketika di dalam
perut ikan.
sesungguhnya kehebatan zikir ini benar aku rasai sehingga kini...
masihku ingat, suatu saat hatiku pernah dilukai oleh seorang teman..
terlukanya hatiku tak dapat nak diubat...
aku mencari-cari doa terbaik untuk mengubat luka 
yang mula bernanah di hati..
alhamdullillah , berkat doaku...ku temui zikir ini..
ku anggap ia zikir yang sangat bermakna buatku..
 kerana hebatnya zikir ini dapat mengubat hatiku
yang menjerit, menangis di khianati...

hari ini...
alhamdulillah...
masih ku amal untuk menguatkan hatiku yang sentiasa 
dilanda badai dan ombak yang tak pernah aku jangkakan...
semoga segala pencarianku berhasil..
semoga segala impianku tercapai..
walaupun terlalu banyak halangan dan rintangan yang datang...

Rabu, 21 September 2011

SAPS ada masalah?

itulah dia masalah sekarang ni...
disaat-saat sibuk mencetak slip keputusan budak..
datang pulak masalah yang tak terjangka...
tingkatan 3 dan 5 kebanyakannya yang bermasalah..
nasib tingkatan 2 ok jer...
walau aper pun aku yakin
pihak kpm sudah berusaha melakukan sesuatu...
semoga segalanya akan normal...
cayok2...slip harus dicetak secepat mungkin!

zup....zup...zup...
..
..
yes! dah berjaya mencetak...




Sabtu, 17 September 2011

Giler2 time!

 kadang-kadang bila ada masa terluang sempat
jugak menjeguk barangan online termasuklah emas...
 cantik-cantik! tak jemu mata memandang..

memang betul kata orang..
perempuan tak lari dari barang kemas..
mm..tepat sekali...
 



kalau korang berminat.
tengokla blog ni...
confirm, lepas ni tgk lagi...n lagi...
http://kedaiemasnazman.blogspot.com/
 

Selasa, 13 September 2011

Bila Magrib Tiba

bila magrib melabuhkan tirainya beginilah indahnya 
pemandangan indah di kuarter SMK Matu...

disinilah tempat ku menginap kini...
klasik tapi indah...

Isnin, 12 September 2011

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...