Selasa, 6 Oktober 2009

Luahan Hatiku..

Di saat kelemasan...

dada sarat menanggung kesakitan...

jiwa merana....hanya DIA lebih mengetahui...

terkapai-kapai sendirian...

tiada tangisan lagi...

hanya jiwa merintih...

mencari titik penghujung sebuah duka...



Tiba-tiba...

Tanganku digapai seseorang...

pegangannya kuat...kemas...

harapan yang aku persembahkan bukanlah anganan semata..

di sudut hati ini...aku bersyukur....



Tanganku ditarik lagi...

aku dirangkul dalam dakapannya...

pelukannya erat benar..

seolah takkan dilepaskan aku walau seketika...

rupa-rupanya disebalik duka ini...

tersembunyi seribu bahagia buatku...

lantas...ku tersentak, siapakah dia??!

putera raja yang membawa aku kearah bahagia...

Ahad, 4 Oktober 2009

HIKMAH SUJUD DI DALAM SOLAT

Mungkin ramai dalam kalangan umat Islam tidak menyedari akan hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah S.W.T. yang sia-sia, malahan ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Antara hikmah melakukan sujud ialah:

  • Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  • Melegekan sakit hernia.
  • Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  • Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  • Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  • Meringankan bahagian pelvis.
  • Memberikan dorongan supaya mudah tidur.
  • Menggerakkan otot bahu, dada, leher, serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
  • Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara tidak lansung memastikan kelancaran perjalanan darah yang baik.
  • Mengurangkan risiko untuk menjadi gemuk.
  • Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  • Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah.

Khamis, 10 September 2009

Pose tinggal lagi 11 hari

Sedar tak sedar dah 19 hari ummat islam berpuasa...
syukur pada ALLAH S.W.T. kita masih hidup hingga ke saat ini.
Bulan puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga sahaja tetapi lebih daripada itu...tapi saya sedih bila tengok masih ada ummat islam yang tak puasa...
naper yer?? agaknyer diorang ni dah takder penghayatan....
dah terlalu hanyut dalam dunia moden sehingga lupa pada bumi yang nyata....
pepun...kita berserah pada ALLAH S.W.T....sebab semua pahala DIA yang bagi...

Jumaat, 4 September 2009

Bulan Pose

Syukur alhamdulillah..
Ramadhan datang lagi...
dapatla aku merasa indahnya bulan ramadhan ni..

dengan kesibukan menyiapkan RM...
aku cuba menyempatkan diri berterawih...

tapi yang lucunya...terawih surau taman perumahan aku buat 23 rakaat +witir...
tapi aku n the geng just buat 8 rakaat...
fikir-fikir balik cam tak patut je...
tapi nak buat camner...yang lapan pun da pukul 10...
kalau 23 tak taula...

tapi yang bestnyer...
nikmat terawih...
terasa menusuk ke jiwa....
tak kisah pe orang kata ..
yang penting kita iklas nak terawih..
nak buat amal...

sabtu yang lalu...
nenekku meninggal...
terasa jugak la kehilangan...tinggalla sorang je nenek sebelah mak..
masa tu aku masih kat kampung ..bercuti ..
Ajal maut ditangan ALLAH S.W.T. ...
takder yang dapat halang ketentuan ALLAH...
sayu hati tengok pemergian nenek..sebenarnya nenek dah lama sakit...
ingat lagi suara nenek sebelum dia meninggal...
aku n family turut mengiringi jenazah ke perkuburan...
malam tu pulak hujan renyai-renyai...
tapi aku sedih tengok ayah...nampak sedih walaupun dia cakap...
pepun...yang pergi takkan kembali...
al-fatihah...

Sabtu, 15 Ogos 2009

Hari Anugerah


Kat sekolah aku ada hari anugerah arini...bosan betul...

last-last g merendek kat Taiping Sentral...sempat la jugak bli kain untuk baju raya,

selipar...n mejaku yang baru...cerita pasal meja...awal minggu ni mejaku patah kaki...masa tengah kelam kabut bangun tido...aku dok cari pengikat rambut...tapi dok jenguk bawah meja tulis...tangan dok tekan meja...prakkkk!! patah 3 dari 4 kaki mejaku...terkesima la aku kat ctu...

"sesuatu yang tak disangka seringkali mendatagi kita....itulah suratan dalam kehidupan..."


Satu masalah aku ni...kalau da namanya aku yang punya! buruk k....tak cantik k...aku tak kisah! aku akan menghargai apa yang aku ada...walaupun belambak lagi yang cantik....maka...kecewalah aku....kehilangan mejaku...


Pagi tadi sempat aku n member-member keluar minum pagi kat kedai....daripada dok melepak kat sekolah takder keje nak buat baik isi perut dulu...tak gitu.kitorangpun gi la dua buah kete 9 orang kesemuanya....pagi ni aku makan nasi lemak...teh o ais...sedap jugak makcik tu masak...tapi mak aku masak lagi best! bila da makan-makan...sempat pulak bergambar ngan member-member kat kedai...hua-hua...member-member pun bayarla...time aku bayar akak casher tu cakap cantik-cantiknyer...kat member dia...huhu...terharu aku dengar...gadis melayu ma...mestila cantik...




Jumaat, 14 Ogos 2009

Ku Bahagia


Syukur pada Allah S.W.T. yang telah mengurniakan rezeki ini...pekerjaan ini untukku...tak pernah terlintas di hati untuk menjadi seorang pendidik..walaupun blum conform lagi...tapi syukur aku berada pada tahap ni hari ini.


Latihan praktikel yang baru je bermula lebih kurang sebulan yang lalu...sangat-sangat bermakna buatku...bayangkan..melihat muka anak remaja yang ceria..mengharapkan ilmu dicurahkan buat mereka...sangat menyentuh hati dan perasaanku...Walaupun diriku bukanlah sempurna sangat untuk menjadi guru...ku cuba melengkapkan diri sebaik mungkin...untuk anak bangsa tercinta...
Memang tak pernah terlintas dihati untuk menjadi guru...itulah hakikatnya...tak berminat langsung...tapi kerana permintaan dan impian ibu tercinta aku menjadi seorang guru akhirnya...da namanya rezeki...


hai..

selamat datang ke blog saya...
saper yang nak kenal diri ini dengan lebih mendalam bolehla..
yang bosan ...takder kejer nak buat pun ok gak...
pepun....welcome to my blog...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...