Selasa, 14 Disember 2010

Tips Untuk Hamil


Zaman sekarang ni..
ramai yang kawen tapi sukar untuk dapat baby..
sabarla...mungkin belum ada rezeki korang...
tapi yang heran, yang buat hubungan haram tu cepat pulak dapat anak..
macam-macam!

ni ada beberapa tip untuk cepat hamil yang aku petik..
(bukan pengalaman sendiri) 
lagipun aku rasa diri bukan berumur belasan tahun 
dan malu-malu untuk tahu sesuatu yang semua orang patut tahu..
bagi suami isteri yang menginginkan anak...
selamat mencuba...!


1. Waktu Terbaik Untuk Melakukan Hubungan Seksual:-

Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui 
tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seks iaitu
pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi). 
Bila dan bagaimana untuk mengetahui waktu subur anda? Anda
boleh dapatkan ovulation kit di mana2 farmasi. Ovulation
kit ini boleh membantu anda menentukan bilakah masa 
subur anda. Anda perlu tahu bahawa telur yang matang 
hanya hidup 24 jam sedangkan sperma pula hidup
48 hingga 72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu, 
sekiranya anda melakukan hubungan seks sebelum saat
ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi.

2. Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual:- 

Ini adalah bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. 
Tidak ada angka @ fakta yang tepat yang dapat memastikan 
berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan
untuk hamil. Ada wanita yang hamil hanya dengan satu
kali sahaja tetapi ada juga yang memerlukan waktu 
yang lebih lama. Bagaimanapun yang paling penting
ialah "berapa kerap" anda melakukan hubungan
pada " waktu subur". Sebab, jika anda melakukan
hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa 
anda (isteri) subur, potensi untuk mengandung
tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada. 

3. Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda:-

Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika 
seorang wantia mencapai orgasme - klimaks semasa
hubungan kelamin - akan membentuk suasana alkaline 
pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini,
berbanding keadaan normal vagina. Jika anda 
mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau 
sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan
sperma untuk selamat sampai di servik - rahim - lebih tinggi.

4. Posisi Hubungan Seksual:-

Posisi seks yang dicadangkan berikut ini mungkin dapat 
meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan. Posisi
suami di atas adalah yang terbaik untuk anda hamil. 
Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda, 
sehingga pinggul anda beristirahat untuk menampung 
sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas anda 
berdua mencapai klimaks bersama sama.
Keadaan ini akan memudahkan sperma berenang 
ke dalam rahim. Jangan menggunakan bantal yang
besar dan terlalu tinggi, kerana ia akan menyebabkan 
sperma terkumpul dibelakang rahim sahaja dan ini 
akan menyukarkannya untuk berenang dan bergabung 
dengan sel telur, yang akhirnya menjadikan usaha anda sia-sia saja.
Manakala posisi seksual yang perlu dielakkan bila 
anda ingin hamil adalah posisi wanita di atas, 
duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian
dari sperma keluar dan hanya tersisa sedikit sperma
yang mencuba berenang ke arah sel telur. Hukum graviti. 

5. Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks:-

Tidak ada bukti yang menunjukkan bahwa jika anda tidak 
bergerak gerak selepas hubungan akan meningkatkan 
potensi untuk hamil. Karena sebenarnya sperma 
sudah berada di dalam servik - rahim - sesaat 
setelah ejakulasi. Namun adalah digalakkan agar anda 
memberi masa untuk sperma berenang ke servik
seperti yang diterangkan sebelumnya. Anda juga diingatkan 
agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan
pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual 
kerana cairan pembersih vagina adalah bersifat toksic untuk sperma.

6. Buat Para Suami:-

Para suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam 
yang terlalu ketat atau mandi air panas, ini kerana ia akan
menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses
penekanan atau panas kawasan testis (pembentuk sperma). 
Ini berkait dengan tabiat atau amalan kebiasaan. 

7. Relaks:-

Setiap pasangan suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah 
dalam menghadapi apa jua stress @ tekanan. Ini kerana 
stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini mampu
menurunkan keupayaan untuk hamil.

8. Jaga Kesihatan Anda:-

Menjaga kesihatan adalah asas yang paling penting. Pastikan
tubuh anda cukup nutrisi. Perlu diingatkan bahawa 
wanita yang sihat akan lebih mudah hamil daripada
yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang.
Tips di atas diharapkan dapat membantu anda
untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil. 
Anda perlu tahu, hanya 30% sahaja dari jumlah sperma 
yang bertemu dengan telur di dalam rahim akan 
berhasil untuk melakukan kehamilan manakala 70% lagi gagal 
walaupun anda telah melakukannya dengan betul. 
Jadi anda harus menunggu dan mencuba lagi.
Sekiranya anda telah mencubanya sehingga 1 tahun tanpa 
membuahkan hasil maka adalah penting untuk anda 
dan pasangan merujuk kepada doktor pakar untuk dapatkan
rawatan dan khidmat rundingan yang terbaik. 

Jodoh, rezeki dan anak adalah ketentuan dan anugerah Allah,
bagaimanapun korang harus berusaha sebaik mungkin
untuk meraihnya. Dr pakar adalah perunding 
terbaik untuk membantu mendapat anak.
Yang paling penting, sikap keterbukaan antara suami 
dan isteri untuk sama sama berfikir, berbincang 
dan berusaha untuk mendapatkan anak.
Rancang hubungan seksual , niat dengan ikhlas, 
berdoa kepada Allah dan ikut pesanan dan nasihat Dr. 
Insya Allah berjaya.

YANG BAIK TU DATANG DARI ALLAH..
YANG BURUK PULAK DARI KELEMAHAN DIRI MANUSIA...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...